Sunday, May 6, 2012

கவிதை ஒப்புவிக்கும் போட்டியின் விதிமுறைகள்


SYARAT - SYARAT PENYERTAAN DEKLAMASI SAJAK BAHASA TAMIL
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGERI SELANGOR TAHUN 2012

1.         Terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah.

2.         Penyertaan diadakan untuk 2 kategori sepertl berikut:-

            a)         Pelajar Menengah Rendah ( Tingkatan Peralihan - Tingkatan 3 )
            b)         Pelajar Menengah Atas (Tingkatan 4 - Tingkatan 5 )

3.         Setiap kategori diwakili dua peserta sahaja.

4.         Puisi ditentukanan oleh pihak penganjur. Setiap peserta dikehendaki
            mempersembahkan sebuah puisi/sajak yang dipilih daripada kumpulan sajak
            yang ditetapkan oleh penganjur.

5.         Peserta dikehendaki menghafal sajak pilihan mereka. Walau bagaimanapun
            mereka dibolehkan  membawa bersama teks sajak pilihannya  ketika
            rnendekamasikannya bagi mengelak daripada terlupa dan terganggu
            pembacaannya.

6.         Semasa menyampaikan puisi peserta mesti berpakaian sekolah.

7.         Peserta disahkan oleh pihak sekolah.

8.         Peserta tidak dibenarkan membaca sajak yang bukan ditentukan oleh pihak
            penganjur.

9.         Peserla tidak boleh menambah kata-kata lain selain claripada kata-kata dari
            puisi yang asal.

10.       Peserta tidak dibenarkan menggunakan peralatan bahaya seperti pisau/tombak     
            (dll) kecuali  atas kebenaran pihak penganjur.

1l.        Muzik  latar belakang tidak dibenarkan.

12.       Peserta yang mendapat tempat Johan dan Naib Johan di peringkat daerah,
            setiap kategori akan mewakili daerah ke pertandingan negeri.

13.       Pembahagian markah adalah berdasarkan kepada:

                        a)         Suara                                  =           25 Markah
                        b)         Kelancaran /Kefasihan          =           25 Markah
                        c)         Tekrrik & Gaya              =           25 Markah
                        d)         Nada                                   =           25 Markah

14.       Keputusan hakim adalah muktamad.

No comments:

Post a Comment